2010年8月17日星期二

penhapusan UPSR dan PMR

Pada pandangan saya, saya  sokong terhadap isu ini.

Hujah-hujah saya yang pertama ialah :
  1. Dasar peperiksaan UPSR dan PMR ini tidak adil dan tidak sesuai lagi diaplikasikan dalam sistem pendidikan pada zaman sekarang.
  • Pada zaman dahulu, dasar ini dilaksanakan untuk memilih pelajar yang boleh menuntut di institut pangajian tinggi dengan hanya memilih pelajar yang cemerlang sahaja.Ini adalah kerana bilangan institut pangajian tinggi yang ada tidak mampu untuk menampung bilangan pelajar yang memohon untuk memasuki Institut pengajian tinggi ini untuk meneruskan pembelajaran mereka. Dasar ini tidak lagi sesuai diguna pada masa kini, ini adalah disebabkan bilangan institut pengajian tinggi yang ada di Malaysia pada masa kini mencukupi untuk menampung pelajar-pelajar yang memohon tersebut. Jadi adalah tidak adil jika kita masih menggunakan dasar ini untuk memilih pelajar yang layak kerana memandangkan tempat dan mencukupi maka adalah kebebasan bagi setiap rakyat Malaysia untuk mendapat peluang untuk meneruskan pembelajarannya di institut pengajian tinggi yang dipohon.
2. selain itu, dasar pendidikan pada zaman sekarang sudah berubah. Guru-guru mengajar bukan untuk membantu murid-murid dan pelajarnya faham tetapi mengajar mereka untuk meluluskan peperiksaan UPSR dan PMR yang bakal mereka duduki.
  • seorang murid mahupun pelajar akan memulai menduduki peperiksaan semenjak dia masih di sekolah rendah lagi. Jadi dasar peperiksaan UPSR dan PMR ini akan membebankan mereka dan akan menyebabkan mereka belajar untuk lulus peperiksaan sahaja tetapi bukan belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan.Bukan begitu sahaja, guru-guru juga lebih cenderung  untuk mengajari pelajarnya benda-benda yang akan dimasukkan dalam peperikasaan sahaja.Maka berlaku lah keadaan murid mahupun pelajar gagal menyesuaikan diri dalam masyarakat. ilmu yang diperolehi itu tidak mencukupi untuk mereka menyesuaikan diri dalam masyarakat setelah mereka dewasa nanti.
3. Hujah yang seterusnya ialah dasar peperiksaan ini telah menyebabkan jiwa hati kanak-kanak tercedera.
  • senjak kecil lagil, mereka terpaksa menhadapi pelbagai tekanan dari pelbagai pihak yang berlainan. contohnya, tekanan dari guru, tekanan dari ibu bapa mahupun tekanan dari kanak- kanak itu sendiri. Sejak kecil lagi, mereka terpaksa belajar bersungguh-sungguh dengan tekanan jiwa yang besar supaya mereka dapat lulus peperiksaan UPSR dan PMR dengan cemerlang. Ini menyebabkan kanak- kanak kehilangan minat untuk mempelajari sesuatu.

没有评论: